Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail AFP

Jana impak sosial untuk penghijauan tanah air – Xi

ByBernama

BEIJING, 4 April: Beberapa jabatan di pelbagai peringkat diharap bertindak pantas melaksanakan mobilisasi sumber untuk meningkatkan penglibatan dalam penghijauan di bawah skim pembangunan hijau, membudayakan ekologi indah, dan menjana impak sosial demi pelaksanaan wawasan “China Indah”.

Demikian dinyatakan Presiden China Xi Jinping ketika mengikuti aktiviti sukarela menanam pokok di sini pada Khamis.

Beliau yang juga merupakan Setiausaha Agung Parti Komunis China berkata litupan hutan di seluruh negara telah melepasi paras 25 peratus setakat ini, manakala hampir 25 peratus penghijauan baharu di persada dunia merupakan sumbangan China.

Untuk perincian, “skarf hijau” telah diwujudkan di padang pasir Taklimakan hasil usaha gigih, manakala landskap padang rumput di dataran pasir Horqin turut menunjukkan pemulihan ketara.

Xi menekankan tiga perkara dalam kempen penghijauan di tanah air, iaitu mengoptimumkan struktur perhutanan, merancakkan ekonomi perhutanan, dan mempertingkat kualiti ekologi padang rumput; memanfaatkan sumber hutan dan rumput dan mengembangkan industri berkenaan; serta memperluas peluang kerja dan mempertambah pendapatan dalam industri terbabit.

“Sebagai satu kempen di peringkat kebangsaan, kewajiban menanam pokok harus dilaksanakan dari satu generasi ke generasi seterusnya,” katanya lagi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan