Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Strategi untuk membantu orang kurang upaya (OKU) mendapatkan akses kepada pekerjaan yang sewajarnya dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini. Foto hiasan Envato

Strategi bantu OKU dapat akses pekerjaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 3 Mac: Strategi untuk membantu orang kurang upaya (OKU) mendapatkan akses kepada pekerjaan yang sewajarnya dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, soalan itu diajukan Datuk Adnan Abu Hassan (BN-Kuala Pilah) kepada Menteri Sumber Manusia pada sesi soal jawab memandangkan masih kurang kesedaran, kesediaan dan keyakinan majikan untuk mengambil pekerja OKU selain ketiadaan aksesibiliti di tempat kerja menyukarkan OKU untuk diterima bekerja.

Selain itu, Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (PN-Kuala Terengganu) meminta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan langkah strategik untuk mengintegrasikan industri bahan mentah dengan sektor pemprosesan dan pembuatan, selaras usaha memperkukuhkan dan memajukan industri semikonduktor sebagai satu daripada teras utama ekonomi berteknologi tinggi negara.

Isu jalan raya turut mendapat perhatian apabila Datuk Wetrom Bahanda (KDM-Kota Marudu) meminta Menteri Kerja Raya menyatakan tindakan untuk memperbaiki jalan-jalan Persekutuan yang tidak selamat akibat kerosakan dan berlubang.

Turut bertanyakan soalan Hassan Saad (PN-Baling) yang minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan status terkini analisis data daripada Banci Pertanian 2024 dan bagaimana hasil bancian ini akan digunakan untuk meningkatkan keterjaminan makanan negara serta membangunkan Pangkalan Data Statistik Pertanian Bersepadu (MySAgR).

Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) pula meminta Menteri Kesihatan menyatakan jumlah jururawat yang telah berhenti daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan alasannya serta jumlah diperlukan di semua fasiliti kesihatan lama dan baharu.

Selepas sesi soal jawab selesai, persidangan Dewan Rakyat hari ini diteruskan dengan pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2024) 2025 untuk bacaan kali kedua oleh Menteri Kewangan dan diikuti pembentangan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2025.

Sementara itu, Persidangan Dewan Negara juga bermula hari ini hingga 25 Mac. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan