Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg baru-baru ini

ASCC perkukuh hubungan serantau sektor berkaitan pelancongan

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 3 Mac: Mesyuarat Majlis Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (ASCC) ke-33 yang dijadualkan berlangsung pada 20 hingga 25 April 2025 di Kuching menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan serantau dalam sektor pelancongan, warisan, dan kebudayaan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menerusi hantaran di Facebook memaklumkan pertemuannya bersama Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg baru-baru ini adalah untuk membincangkan mengenai persediaan wilayah ini sebagai tuan rumah bagi mesyuarat tersebut.

“Mesyuarat ini akan menjadi platform penting untuk memperkukuh hubungan serantau dalam aspek pelancongan, warisan dan kebudayaan,” katanya.

Dalam pertemuan itu juga beliau turut berpeluang menyerahkan replika Sijil UNESCO bagi Taman Negara Niah kepada Premier Sarawak.

Pengiktirafan tersebut katanya bukan sahaja membanggakan rakyat Sarawak tetapi juga meningkatkan daya tarikan pelancongan wilayah ini di peringkat global. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan