Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor ketika melawat mangsa-mangsa kebakaran perumahan setinggan Kampung Cempeka Likas di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Kampung Likas. Foto Bernama.

Kerajaan negeri cari jalan terbaik bantu mangsa kebakaran di Likas – Hajiji

ByBernama

KOTA KINABALU, 3 Mac: Kerajaan Sabah bersama pihak dan agensi yang berkaitan akan berusaha mencari jalan terbaik untuk membantu mangsa kebakaran di Kampung Cempaka, Likas pada Sabtu lepas.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata kerajaan sebagai negeri yang prihatin dan peduli rakyat, nasib mangsa-mangsa kebakaran akan diberi perhatian terutama pada bulan Ramadan ini.

“Kerajaan telah beri bantuan RM1,300 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) iaitu RM1,000 daripada kerajaan negeri manakala RM300 lagi daripada Kumpulan Yayasan Sabah,” katanya kepada pemberita selepas melawat dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran, di Dewan Serbaguna Likas di sini hari ini.

Hajiji berkata selain bantuan kewangan, kerajaan turut memberi pelbagai bantuan lain seperti bantuan gas dan dapur daripada Yayasan Kebajikan Sabah dan bakul makanan daripada Kumpulan Yayasan Sabah.

Beliau berkata pelbagai pihak juga turut membantu memberi bantuan makanan antaranya Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM).

Bantuan awal turut diberikan di PPS iaitu bakul makanan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, pek makanan retort dan makan minum daripada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am.

Dalam kejadian pada awal pagi Sabtu, seramai 511 orang mangsa daripada 91 keluarga hilang tempat tinggal, apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Cempaka.

Dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka bagi menempatkan mangsa kebakaran iaitu di PPS Likas yang menempatkan seramai 34 KIR membabitkan 200 penduduk manakala PPS Damai, Luyang seramai 57 KIR dan 311 penduduk.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan