Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dadah yang dirampas disembunyikan dalam bungkusan hadiah Krismas. Foto JKDM

Dibungkus macam hadiah, isinya pil ekstasi

BySaibi Gi

KUCHING, 3 Mac: Cubaan menyeludup dadah berbahaya bernilai RM297,260.00 menggunakan perkhidmatan kurier ke alamat yang tidak wujud digagalkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Sarawak.

Pengarah Kastam Negeri Sarawak Norizan Yahya berkata modus operandi adalah dengan membiarkan barangan bagi tempoh yang agak lama di syarikat kurier bagi tujuan mengelirukan serta mengelak daripada dikesan oleh pihak berkuasa.

“JKDM Sarawak telah merampas satu kiriman kurier yang disyaki mengandungi dadah berbahaya jenis pil ekstasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pada 15 Januari 2025, sepasukan pegawai Kastam daripada Cawangan Narkotik JKDM Sarawak telah membuat pemeriksaan menggunakan Anjing Pengesan Dadah di sebuah syarikat kurier di sini.

Hasil pemeriksaan di ‘Bahagian Barangan Tidak Dituntut’ syarikat kurier tersebut telah menunjukkan maklum balas positif ke atas satu bungkusan hadiah berbentuk hadiah krismas dan telah menjumpai dadah berbahaya jenis pil Ecstasy dengan anggaran berat 1,780 gram yang disembunyikan dalam bungkusan hadiah berbentuk hadiah krismas.

Barang kes disita di bawah Seksyen 30(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas kesalahan menyeludup dadah berbahaya yang mana:

Jika sabit kesalahan pesalah boleh dihukum dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekiranya hukuman diberikan oleh mahkamah adalah hukuman penjara seumur hidup, pesalah hendaklah juga disebat tidak kurang 15 sebatan.

“Orang ramai digesa membantu pihak JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain serta dinasihatkan tidak membabitkan diri dalam aktiviti tersebut.

“Penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi ketirisan hasil, malah ianya turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan