Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kemuncak Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2024-2025 (ABK24-25) dijadual berlangsung April ini, bakal memperkenalkan semula kategori Penyokong Terbaik yang kali terakhir dipertandingkan pada musim 2019. Foto MFL

ABK24-25 perkenalkan semula Anugerah Penyokong Terbaik

ByBernama

KUALA LUMPUR, 3 Mac: Kemuncak Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2024-2025 (ABK24-25) dijadual berlangsung April ini, bakal memperkenalkan semula kategori Penyokong Terbaik yang kali terakhir dipertandingkan pada musim 2019.

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kategori Penyokong Terbaik diperkenalkan semula, sebagai pengiktirafan kepada penyokong setia yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan kesayangan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kategori yang dipertandingkan meningkat kepada 17 berbanding 16, tahun lepas.

Juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) memenangi anugerah Penyokong Terbaik dua kali berturut-turut bermula pada ABK2018.

Kedah pernah memenangi anugerah Penyokong Terbaik pada ABK2017, sementara Melaka meraih gelaran itu pada ABK2016.

Sementara itu, seramai 498 pemain telah disenarai pendek berdasarkan penampilan bersama kelab masing-masing, sebelum di bawa ke Jawatankuasa Saringan ABK24-25 bagi menentukan 10 pemain terbaik bagi lapan kategori.

Pemenang bakal ditentukan menerusi undian yang akan dibuat oleh 13 ketua jurulatih dan 13 ketua pasukan Liga Super, 13 ketua jurulatih dan 13 ketua pasukan Piala MFL serta 26 wakil media.

Lapan kategori itu ialah Penjaga Gol Terbaik, Pertahanan Terbaik, Pemain Tengah Terbaik, Penyerang Terbaik, Jurulatih Terbaik, Pemain Import Terbaik, Pemain Muda Terbaik dan Pemain MFL Terbaik.

Sembilan lagi kategori dipertandingkan ialah Pemain Paling Bernilai (MVP), Fairplay Award, Pasukan Terbaik, Gol Terbaik, FAN XI, Kasut Emas – Piala MFL, Kasut Emas – Liga Super (Tempatan), Kasut Emas – Liga Super dan Penyokong Terbaik.

Sebagai rekod, pemain sayap prolifik JDT Arif Aiman Mohd Hanapi merangkul gelaran MVP buat kali ketiga berturut-turut, selain skuad Harimau Selatan meraih pelbagai kategori pada ABK tahun lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan