Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang. Foto fail Bernama

Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi – Aaron

ByBernama

KUALA LUMPUR, 16 Feb: Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.

Beliau dalam satu hantaran di laman X pada Sabtu berkata sebagai sebuah negara berbilang bangsa, rakyat mesti sentiasa menjaga kesejahteraan dan keamanan dengan tidak membenarkan sebarang kenyataan atau tindakan yang boleh mengguris perasaan mana-mana pihak.

“Wajib diberikan noktah kepada perbuatan seperti ini,” katanya sebagai respons kepada satu rakaman video tular di media sosial berkenaan seorang penjaja jagung yang meletakkan makluman berbaur perkauman pada jualannya.

Beliau turut memohon semua lapisan masyarakat untuk menjunjung Rukun Negara sebagai amalan hidup terutamanya prinsip Kesopanan dan Kesusilaan.

“Kita seharusnya terus memupuk semangat saling menghormati dan memahami dalam kalangan rakyat.

“Saya menyeru semua pihak untuk bersama-sama memperkukuhkan semangat perpaduan negara dengan menghormati perbezaan yang wujud dan mengutamakan perpaduan demi kebaikan bersama,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan