Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Aaron Ago Dagang merasmikan Sambutan Ulang Tahun Yayasan yang ke-59 di Kuala Lumpur, hari ini. Foto Aaron Ago Dagang (FB)

Yayasan Tunku Abdul Rahman perkukuh akses pendidikan melalui kerjasama korporat

ByYusuf Shukri

KUALA LUMPUR, 7 Feb: Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) terus memperkukuh akses pendidikan melalui kerjasama strategik dengan sektor korporat, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada pelajar kurang berkemampuan.

Menteri Perpaduan Negara, Dato Sri Aaron Ago Dagang berkata kerjasama ini penting dalam membina generasi masa depan Malaysia yang berpendidikan tinggi.

“Sangat penting untuk kita sedari bahawa pendidikan adalah tanggungjawab kedua-dua pihak kerajaan dan swasta untuk memajukan negara di samping memberi peluang yang sama kepada semua lapisan masyarakat untuk mencapai kejayaan masing-masing.

“Sejak 2020, kerjasama YTAR bersama dengan rakan strategiknya melalui Memorandum Persefahaman (MoU) telah mendapatkan tajaan dalam pelbagai bentuk termasuk wang jaminan lebih RM22 juta, wang tunai RM5.8 juta dan RM16.5 juta sebagai tajaan dalam bentuk barangan melalui yuran pengajian universiti,” katanya ketika berucap pada Majlis Ulang Tahun YTAR ke-59 di sini, hari ini.

Menurutnya, pendidikan bukan sekadar tanggungjawab kerajaan, tetapi satu usaha bersama. Kerjasama dengan sektor swasta membolehkan lebih ramai pelajar mendapat akses kepada pendidikan berkualiti

Antara MoU yang telah dimeterai termasuklah dengan CIMB Foundation, yang menjadi penaja utama Closing The Gap 2025, program yang memberi tumpuan kepada pelajar dari komuniti Program Perumahan Rakyat (PPR) di Lembah Klang. Selain itu, GrabScholar, inisiatif oleh Grab Malaysia, telah menaja 12 biasiswa untuk tempoh 2024-2025.

Beberapa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seperti Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), IMU University, Sunway Education Group, dan Yayasan MSU turut menawarkan pengecualian yuran kepada pelajar yang berkelayakan.

Sementara itu, FutureReady x Accenture Malaysia menyediakan program latihan kemahiran masa depan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja yang berkembang pesat.

“Bersempena dengan hari lahir Tunku Abdul Rahman pada 8 Februari ini, saya juga ingin mengumumkan pembukaan semula aplikasi untuk biasiswa Tunku Abdul Rahman 2025.

“Biasiswa sarjana muda yang komprehensif ini merangkumi sembilan jenis elaun serta program pembangunan kepimpinan selama dua tahun untuk melahirkan pemimpin muda,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan