Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kumpulan Syarikat Malaysia LNG (MLNG), anak syarikat PETRONAS, tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di sekitar Bintulu sejak hari pertama bencana itu melanda.

MLNG hulur bantuan kepada mangsa banjir di Bintulu

ByWilly Jali

BINTULU, 2 Feb: Kumpulan Syarikat Malaysia LNG (MLNG), anak syarikat PETRONAS tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di sekitar Bintulu sejak hari pertama bencana itu melanda.

PETRONAS dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa selain bantuan makanan dan minuman, antara lain turut disediakan bekalan petrol dan kenderaan untuk pemindahan mangsa ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Antara bantuan yang disalurkan termasuk bungkusan makanan dan minuman kepada 1,450 keluarga yang terjejas.

“Selain itu, MLNG turut menyediakan bekalan petrol serta kenderaan bagi membantu pemindahan mangsa ke PPS,” menurut kenyataan itu.

Sumbangan telah diserahkan ke beberapa PPS utama, termasuk PPS Dewan Suarah Bintulu, PPS Jepak dan PPS SMK Assyakirin Sungai Plan.

Tidak ketinggalan, sumbangan juga diberikan kepada para petugas bilik gerakan di Pejabat Residen Bahagian Bintulu serta Pejabat Daerah Sebauh.

Menurut MLNG, pihaknya komited untuk terus bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dalam membantu mangsa banjir di Bintulu sebagai tanda solidariti terhadap komuniti yang terjejas.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Naib Presiden Kanan Aset LNG PETRONAS, Abang Yusuf Abang Puteh serta Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Malaysia LNG, Mohamed Syazwan Abdullah @ Laga Jenggi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan