Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika ditemui selepas mengunjungi kediaman Kaunselor Raymond Tiong bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina di Sibu, hari ini. Foto Awang Azmil (TVS)

Bantuan diutamakan kepada mangsa banjir terjejas teruk – Abang Johari

ByFebbright James

SIBU, 2 Feb: Bantuan kepada mangsa banjir yang tidak berdaftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bergantung kepada budi bicara dan penilaian oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBNS), demikian menurut Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, keluarga yang terjejas teruk akibat bencana seperti banjir akan diberikan keutamaan untuk menerima bantuan.

“Kita beri keutamaan kepada keluarga yang benar- benar terjejas di mana banyak harta benda yang hilang dan tidak dapat digunapakai lagi. Kita serahkan kepada sekretariat yang diketuai oleh Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

“Misalnya, mereka yang di rumah panjang terjejas akibat banjir tetapi tidak berpindah ke PPS sebab rumah mereka bertiang dan tinggi. Jadi, kita serahkan kepada pihak pentadbiran bahagian dan residen untuk menilai situasi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengunjungi kediaman Kaunselor Raymond Tiong bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina di sini, hari ini.

Abang Johari memaklumkan perkara tersebut sebagai maklum balas kepada dakwaan hanya mangsa yang mendaftar di PPS sahaja yang akan mendapat bantuan, manakala mangsa terjejas yang tinggal bersama saudara tidak layak menerima bantuan.

Katanya, kerajaan telah mengumumkan bantuan tambahan RM10 juta untuk bencana dan akan mempertimbangkan di peringkat Kabinet bagi peruntukkan tambahan sekiranya ada keperluan selepas berbincang dengan JPBNS.

Mengenai situasi di Sibu, Abang Johari memaklumkan bahagian ini lebih baik berbanding kawasan lain seperti Bintulu dan Miri kali ini dalam situasi banjir.

“Biasanya pada musim banjir, Sibu akan terjejas teruk, namun, kali ini sebaliknya. Kita boleh lihat penduduk di sini sedikit gembira meraikan Tahun Baharu Cina,” katanya.

Dalam pada itu, Abang Johari memaklumkan kunjungannya ke rumah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek bersempena Tahun Baru Cina membuahkan hasil apabila beliau turut mendapat input dan situasi semasa di Sibu.

“Saya telah berbincang dengan Joseph terutamanya isu membaiki jalan- jalan di Sibu ini. Misalnya jalan baharu Sibu Jaya ke Lanang iaitu Jalan Kong Yit Khim.

“Jalan baharu tersebut telah menyebabkan kesesakan di Jalan Salim, jadi kita akan menilai semula infrastruktur yang dibangunkan di Sibu,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan