Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang. Foto fail Bernama

Elak bertindak, keluar kenyataan jejas hubungan baik antara kaum dan agama

ByBernama

PUTRAJAYA, 22 Jan: Setiap lapisan masyarakat di negara ini perlu mengelak melakukan sebarang tindakan atau mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan baik antara kaum dan agama, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.

Aaron berkata tanggungjawab sebenar rakyat adalah memelihara sensitiviti demi memastikan keamanan serta kesejahteraan Malaysia kekal terjamin.

“Sebarang tindakan atau ucapan yang melanggar prinsip harus dihentikan segera demi menjaga keamanan yang telah lama kita nikmati.

“Kita perlu memainkan peranan masing-masing dengan lebih bertanggungjawab dalam memperkukuh hubungan antara masyarakat berbilang kaum di negara kita,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aaron berkata demikian sebagai mengulas insiden simbah cat merah di kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM) yang dikaitkan dengan isu penjualan produk sandwic ‘ham dan cheese’ baru-baru ini.

Beliau memohon semua pihak tidak mengeruhkan keadaan dan memberi ruang kepada proses siasatan yang dijalankan polis, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Pada 13 Jan lepas, JAKIM dalam kenyataan media mengesahkan produk ‘ham dan cheese’ yang dijual dalam premis di universiti awam itu tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dan syarikat yang menghasilkan produk itu bukan pemegang SPHM.

Dalam pada itu, UM menerusi kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya memandang serius kejadian simbahan cat itu dan telah membuat satu laporan polis untuk tindakan lanjut.

“UM komited memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan. UM juga menggesa agar tindakan tegas diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab bagi memastikan perkara seperti itu tidak berulang.

“UM juga menyeru mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan insiden itu untuk tampil bagi membantu siasatan,” menurut kenyataan berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan