Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Peta menunjukkan lokasi seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari kapal di Muara Tanjung Manis, hari ini. Foto JBPM

Lelaki dikhuatiri lemas terjatuh dari kapal di Muara Tanjung Manis

TANJUNG MANIS, 1 Jan: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari kapal dalam satu kejadian di Muara Tanjung Manis, di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata ketika kejadian, Mustafpa Abdullah @ Moses Mleng, 60, tidak berbaju dan hanya berseluar pendek hitam.

“Dalam laporan pengadu (anak mangsa) mendakwa bapanya terjatuh dari kapal pada jarak lima batu nautika dari muara Tanjung Manis atau tujuh batu nautika barat Kuala Rajang.

“Kita menerima laporan kejadian ini pada jam 12.30 tengah hari sebelum mengarahkan sepasukan anggota ke lokasi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, keadaan cuaca berangin dan laut yang bergelora menyukarkan operasi cari lamat dengan menggunakan aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim).

Operasi carilamat katanya, ditangguh pada 5.00 petang dan akan disambung semula esok.

“Selain bomba dan Maritim, operasi turut dibantu polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM),” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan