Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Nancy Shukri ditemui pada Program Toleransi Sifar Keganasan @ Advokasi Anti-Gangguan Seksual di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada Khamis

Tingkat kesedaran pelajar universiti mengenai keganasan, gangguan seksual

KOTA SAMARAHAN, 12 Dis: Penganjuran Program Toleransi Sifar Keganasan @ Advokasi Anti Gangguan Seksual Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) diadakan di universiti seluruh negara adalah untuk meningkatkan kesedaran disebabkan peningkatan kes keganasan serta berkaitan gangguan seksual.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ia bagi memastikan pelajar universiti sentiasa sedar mengenai gangguan seksual dan keganasan.

Malah menurutnya, penubuhan Tribunal Anti Gangguan Seksual (TAGS) juga tepat sebagai suara golongan teraniaya.

“Setakat Disember 2024, sebanyak 25 kes dilaporkan di bawah TAGS. Walaupun baru beroperasi pada Mac tahun ini, TAGS telah menguruskan 25 kes.

“Ini bermakna sudah ada kesedaran dan saya rasa TAGS menjadi platform untuk membantu mereka yang menjadi mangsa kes gangguan seksual,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Toleransi Sifar Keganasan @ Advokasi Anti Gangguan Seksual di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) hari ini.

Program tersebut diadakan bertujuan menggalakkan kerjasama strategik pelbagai pihak berkepentingan untuk meningkatkan pencegahan dan kesedaran mengenai gangguan seksual khususnya dalam kalangan pelajar universiti, wanita serta lelaki.

Antara inti pati program melibatkan sesi pengenalan kepada TAGS, advokasi Anti Gangguan Seksual, ceramah jauhi buli siber dan Sesi Townhall Bersama Nancy.

Seramai 2,000 pelajar dan pensyarah UNIMAS, universiti awam berdekatan, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai program tersebut.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan