Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Datuk Mohd Rosli Abdullah pada majlis pemakaian pangkat Laksamana Maritim di Putrajaya, hari ini. Foto Maritim Malaysia

Ketua Pengarah Maritim Malaysia menerima pangkat Laksamana Maritim

ByLuqman Muhammad

PUTRAJAYA, 12 Dis: Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah secara rasmi menerima pemakaian pangkat Laksamana Maritim berkuatkuasa hari ini.

Majlis pemakaian pangkat tersebut disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu upacara ringkas yang diadakan di pejabat beliau di Kementerian Dalam Negeri.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Maritim Malaysia, pemakaian pangkat tersebut mencerminkan pengiktirafan tertinggi Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap jasa dan sumbangan Mohd Rosli sepanjang kerjayanya dalam Perkhidmatan Awam serta peranan beliau sebagai Ketua Pengarah Maritim Malaysia.

Datuk Mohd Rosli dalam kenyataan sama menyatakan bahawa beliau berbesar hati menerima penghormatan ini dan bertekad untuk terus melaksanakan tanggungjawabnya dengan cemerlang.

Beliau juga menegaskan komitmen untuk membawa reformasi yang signifikan kepada perkhidmatan dan pengoperasian Maritim Malaysia.

“Teras Tujuh yang saya perkenalkan selepas dilantik memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Maritim Malaysia diharap akan memperkasakan Maritim Malaysia dan terus memastikan kecemerlangan organisasi ini, seiring dengan visi Maritim Malaysia untuk menjadi agensi penguatkuasaan maritim terbaik di dunia menjelang 2040,” katanya.

Pemakaian pangkat ini bukan sahaja memberi motivasi kepada kepimpinan tertinggi Maritim Malaysia, tetapi turut menjadi dorongan kepada seluruh anggota agensi untuk terus berkhidmat dengan dedikasi dalam memastikan keselamatan perairan negara.

Maritim Malaysia sebagai agensi utama dalam penguatkuasaan undang-undang maritim dan keselamatan perairan negara dijangka akan terus diperkukuh di bawah kepimpinan Mohd Rosli. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan