Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada sidang media selepas tayangan 'Dreamweaver Theater Musical' di The Old Courthouse di Kuching pada malam Rabu. Foto TVS

Teater jadikan Kuching bandar raya mempunyai jiwa

KUCHING, 12 Dis: Pementasan teater yang mempunyai elemen seni tersendiri berupaya menjadikan Kuching sebagai bandar raya yang mempunyai jiwa.

Sehubungan itu, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata bagi merancakkan pementasan teater kerajaan sudah menyediakan platform yang wajar dimanfaatkan sepenuhnya.

Kementeriannya amat menggalakkan penyertaan daripada universiti, institusi, badan bukan kerajaan (NGO) dan juga masyarakat di luar bandar bersama-sama menyerlahkan bakat melalui seni teater.

“Itulah sebabnya kita menggalakkan seni persembahan, sama ada mereka dari universiti, kampung, institusi atau pun dalam NGO, datang ke sini kerana Kuching perlukan itu.

“Kami ingin melihat Kuching sebagai sebuah bandar raya yang mempunyai jiwa seperti Vienna,” katanya pada sidang media selepas tayangan ‘Dreamweaver Theater Musical’ di The Old Courthouse di sini, malam tadi.

Menurutnya, kewujudan Pusat Persembahan Seni dalam tempoh dua tahun lagi akan memerlukan seni persembahan yang pelbagai untuk menjadi mercu tanda baharu dalam bidang kesenian.

Oleh itu, pihaknya juga telah bersedia memberikan sokongan dari sudut kewangan untuk kegunaan ahli seni dan generasi muda mengasah minat serta bakat dalam bidang kesenian khasnya industri kreatif dan seni persembahan

“Apabila anda menyebut tentang seni persembahan, ia boleh menjadi teater muzikal, ia boleh menjadi bentuk lain, menyanyi, ia boleh dimainkan apa sahaja,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan