Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Salah satu babak pementasan teater muzikal 'Dreamweaver - The Musical' di The Old Courthouse di Kuching, malam Rabu. Foto TVS

‘Dreamweaver – The Musical’ ketengah kisah penenun songket

KUCHING, 12 Dis: ‘Dreamweaver – The Musical’ sebuah teater muzikal yang menggabungkan seni tradisional dengan teknik teater kontemporari.

Tujuan utamanya adalah untuk memelihara dan mempromosikan hasil warisan dan budaya Sarawak dengan menampilkan lagu-lagu, kesan visual dan persembahan oleh pelakon berbakat termasuk penenun tempatan.

Penerbit Eksekutif Dreamweaver Theater Musical, Dato Jacqueline Fong berkata penceritaan muzikal tersebut mengisahkan perjalanan seorang penenun muda dari sebuah kampung kecil Sarawak yang berusaha untuk memulihkan perniagaan, mengekalkan warisan budaya dan menyatukan komunitinya menentang cabaran moden.

“Dreamweaver ialah persembahan tentang seorang penenun dan kain ajaib yang menceritakan tentang cabaran para penenun songket dari Sarawak.

“Kami ingin menceritakan betapa sukarnya perniagaan anyaman melalui penenun dan menariknya Dreamweaver kerana ia adalah komedi dan mempunyai sedikit drama yang membuat orang menangis,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas tayangan perdana ‘Dreamweaver – The Musical’ di The Old Courthouse di sini, malam tadi.

Teater ini adalah hasil karya Tanoti Productions dan Balkon Media yang merupakan hiburan yang sesuai ditonton seisi keluarga.

Ia dipentaskan sebanyak 20 kali bermula 11 Disember 2024 hingga 5 Januari 2025.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan