Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Peluncuran Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini. Foto PMO

Penglibatan syarikat AS, China dalam NAIO pamer hubungan baik Malaysia bersama negara luar – PM

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 12 Dis: Penyertaan syarikat terkemuka dari beberapa negara besar seperti Amerika Syarikat (AS) dan China dalam Pejabat Kecerdasan Buatan Nasional (NAIO) yang mula dilancarkan hari ini jelas memperlihatkan sikap mesra dan terbuka negara terhadap rakan-rakan dagang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyertaan syarikat-syarikat itu juga mencerminkan pendirian Malaysia sebagai negara yang bebas menjalinkan kerjasama dengan semua negara.

“Kita lihat banyak penyertaan yang besar iaitu dari Amerika Syarikat yang masih mengetuai bidang teknologi maklumat dan kecerdasan buatan (AI) dengan terdapat juga dapat penyertaan yang banyak dari negara Eropah lain.

“Ada juga syarikat dari China. Ini jelas menunjukkan sikap negara kita yang bebas menjalinkan hubungan (kerjasama) dengan negara-negara lain,” katanya ketika berucap pada pada Majlis Peluncuran Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pada masa sama, situasi ini juga katanya memperlihatkan keperluan dalam meningkatkan hubungan dagang melalui perjanjian perdagangan bebas (FTA) dan beberapa hubungan perdagangan perjanjian peringkat antarabangsa.

Pada majlis pelancaran yang dilangsungkan di ibu negara hari ini, sebanyak enam kerjasama strategik yang mewakili pencapaian penting dalam perjalanan AI negara dimeterai membabitkan syarikat Toshiba, Global AI Village, YTL, Microsoft, Google dan Amazon Web Services (AWS). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan