Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran tiga pegawai kanannya berkuat kuasa esok. Foto PDRM

PDRM umum pertukaran tiga pegawai kanan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 12 Dis: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran tiga pegawai kanannya berkuat kuasa esok.

Setiausaha PDRM Datuk Kamaruzaman Abdullah dalam kenyataan hari ini memaklumkan pertukaran itu melibatkan Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Bukit Aman Datuk Abdul Aziz Abdul Majid, yang dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Bukit Aman.

“Ketua Staf Pasukan Khas Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Kementerian Dalam Negeri SAC Mohd Nasaruddin M Nasir bertukar sebagai Ketua Kawalan dan Perlindungan Sempadan (KKPS) Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia.

“Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur ACP Jasmirol Jamaluddin pula bertukar sebagai Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan