Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hari ini menerima kunjungan hormat daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Astana Negeri Petra Jaya. Foto Nadim Bokhari (TVS)

47 anak yatim terima sumbangan Krismas

KUCHING, 12 Dis: Seramai 47 anak yatim daripada 21 keluarga menerima sumbangan daripada Yayasan Keluarga Malaysia sempena Hari Krismas akan datang.

Pengerusi Yayasan Keluarga Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, anak yatim tersebut merupakan mereka yang kehilangan ibu, bapa atau kedua-duanya semasa Covid-19.

“Jadi di Sarawak, seramai 47 anak yatim daripada 21 keluarga akan menerima sumbangan Krismas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi di Astana Negeri Sarawak hari ini.

Menurutnya, ini merupakan kali pertama beliau melawat Sarawak selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lepas dan selepas pelantikan Tun Wan Junaidi sebagai Yang di-Pertua Negeri.

“Hubungan saya dengan Tun Wan Junaidi memang rapat, semasa saya menjadi Perdana Menteri dan Tun Wan Junaidi merupakan Menteri Undang-Undang,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan