Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sine Siti Makan kembali dengan musim ke-2 dengan penuh kejutan bersama pengacara kegemaran anda

Lima tempat makan paling ‘Insta-Worthy’ di Kuching

ByMohamad Azfar Haziq Bin Mohamad Aziz

Sine Siti Makan kembali dengan musim ke-2 dengan penuh kejutan bersama pengacara kegemaran anda, Siti Zawawi. Dalam musim terbaru ini, Siti akan membawa anda ke beberapa lokasi paling ‘Insta-Worthy’ di Kuching. Setiap tempat dalam senarai ini menawarkan suasana unik, hidangan lazat dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan perjalanan gastronomi yang penuh warna ini yang mana Siti memperkenalkan pilihan lima tertinggi Insta-Worthy tempat makan yang wajib anda kunjungi.


1.
Ted Lin Kopi : Nostalgia Kopitiam di Kuching

Kredit: 一起吃风 My Easy Moment (Facebook)

Ted Lin Kopi dalam episod 5 adalah tempat makan unik di Kuching yang membawa konsep kopitiam tradisional dengan sentuhan moden. Hidangan ikonik seperti roti kahwin, kopi ‘o’ asli, serta laksa Sarawak menjadi tarikan utama di sini. Suasana retro dengan hiasan klasik menjadikan tempat ini sesuai untuk menikmati hidangan yang menyelerakan sambil mengimbau kenangan lama.

Kredit: Ted Lin Kopi (Facebook)

Menu yang dicuba:

  • Ipoh Shredded Chicken Hor Fun Special: Kombinasi mi halus dengan sup yang beraroma dan ayam yang disiat lembut, memberikan rasa autentik yang memikat.
  • Portuguese Custard Tart: Tart kastard Portugis yang lembut di dalam dengan kulit yang rangup, sesuai untuk sarapan atau minum petang anda.

Dalam episod ini Siti memberikan mereka 4/5 bintang untuk hidangan yang disediakan, kata Siti “Jika anda bercuti di Kuching, Ted Lin Kopi adalah destinasi sarapan pagi yang wajib dikunjungi!”

Tonton episod ke-5 disini!

2.Chubbs: Burger dan Retro

Kredit: Chubbs (Facebook)

Jika anda seorang penggemar makanan Barat, Chubbs adalah restoran wajib untuk anda. Dalam episod 1, restoran ini tidak hanya menawarkan burger dan hidangan utama yang enak, tetapi juga suasana dalaman mirip restoran retro di Amerika. Tempat ini terkenal dengan Signature Chubbs Burger dan Grilled Chicken Chop, yang bukan sahaja lazat tetapi juga disajikan dengan gaya seperti “American diner”, pasti mempersona dan menggoda selera anda.

Kredit: Chubbs (Facebook)

Menu yang dicuba:

  • Sweet Heart Chicken Burger: Burger ayam yang lembut dan ‘juicy’ dengan gabungan rasa manis dan masin, dihiasi dengan sos istimewa dan bahan-bahan segar.
  • Chocolate Milkshake: Minuman yang kaya dengan rasa coklat pekat, sesuai untuk melengkapkan hidangan anda atau untuk sekadar mendapat kesegaran di hari yang panas.

Setiap burger di sini disajikan dengan sos yang berbeza, memberikan pengalaman rasa yang unik untuk setiap pilihan. Selain itu, Chubbs juga mempunyai ruangan yang estetik di setiap penjuru, di dalam mahupun di luar restoran.

Tonton episod ke-1 disini!

3.Granary Kitchen : Destinasi Kuliner dengan Sentuhan Gaya Industri

Kredit: aseanfoodtravel.com

Dalam episod yang ke-5, Granary juga dijadikan restoran seterusnya. Dengan gabungan citarasa lokal dan barat, dengan pilihan seperti pizza berinspirasikan Sarawak.

Dikelilingi oleh persekitaran yang tenang dengan pemandangan hijau, Granary Kitchen menawarkan suasana yang tepat untuk bersantai. Lokasinya yang strategik di tengah bandar membuatkan ia mudah dikunjungi.

Mengetengahkan dekorasi industrial yang banyak ‘spot’ menarik untuk bergambar!

Kredit: tripadvisor.com

Menu yang dicuba:

  • Hawaiian Dayak Pizza: Gabungan rasa tradisional Dayak dengan sentuhan moden pizza Hawaiian, menu ini dilengkapkan dengan nanas segar dan rempah tempatan.
  • Sotong Bakar: Sotong yang dibakar sempurna dengan aroma panggang yang memikat, sesuai untuk penggemar makanan laut.
  • Rainforest Fried Rice: Nasi goreng istimewa dengan rasa herba tempatan yang unik, diilhamkan oleh kehijauan hutan hujan tropika.

Siti berkata, “Ramai pelancong datang ke sini untuk merasai keunikan rasa Sarawak, jadi orang dari Semenanjung atau luar negeri boleh menikmati keistimewaannya.” Selain itu, suasana di sini juga sangat menenangkan dengan alunan lagu yang diputar, mencipta suasana yang sempurna.” Siti turut menambah bahawa tempat ini mendapat penilaian 5 bintang!

“Portion di sini memang banyak, jadi berbaloi untuk dibeli…banyak juga pilihan makanan yang disajikan,” kata Siti.

Tonton episod ke-5 disini!

4.Star on Stage: Restoran Digital Konsert Konsep Terbaru

Kredit: S.O.S – Star On Stage (Facebook)

Star on Stage yang ditunjukkan dalam episod 6 memperkenalkan konsep unik yang menggabungkan restoran dan pentas hiburan. Ini adalah restoran digital konsert pertama di Sarawak dan Malaysia, menawarkan pengalaman jamuan yang luar biasa. Di sini, selain menikmati makanan yang lazat, pelanggan juga berpeluang untuk serlahkan bakat nyanyian mereka di atas pentas.

Menu yang dicuba:

  • Ying Yang: Hidangan unik yang memadukan rasa manis dan pedas, sesuai untuk penggemar makanan yang berani untuk mencuba sesuatu yang baharu.
  • Kuey Tiaw Goreng Lamb: Kuey tiaw goreng berperisa dengan tambahan daging kambing yang empuk dan beraroma.
  • Never Had Chocolate Like This: Hidangan pencuci mulut coklat istimewa yang tentu melengkapkan pengalaman jamuan.
  • Pisang Salju: Pisang goreng yang dihidang dengan taburan gula yang menyerupai salji.

Setiap malam, Star on Stage menawarkan sesi konsert di mana pelanggan boleh mendaftar untuk menyanyi di pentas atau menikmati persembahan nyanyian oleh artis tempatan. Ini memberikan pengalaman makan yang lebih interaktif dan penuh hiburan.

Tonton episod ke-6 disini!

5.Elephant De Milan: Kafe ala Eropah 

Kredit: Elephant de Milan (Facebook)

Elephant De Milan turut dijadikan pilihan dalam episod 2. Restoran ini menawarkan suasana yang unik dengan dekorasi ala-ala kafe Eropah yang mewah dan santai. Tempat ini adalah pilihan sesuai bagi mereka yang ingin menikmati hidangan sedap dalam persekitaran yang estetik dan menenangkan. Dekorasi yang terinspirasi daripada kafe-kafe Eropah dengan perabot kayu, cermin besar, dan hiasan ‘vintage’ yang menciptakan suasana mewah dan nyaman.

Menu yang dicuba:

  • Seafood Aglio Olio: Pasta yang dimasak dengan minyak zaitun dan bawang putih, ditambah dengan makanan laut segar untuk rasa yang memikat.
  • Slow Cooked Beef Ribs: Rusuk daging lembu yang dimasak perlahan sehingga lembut, disajikan dengan sos istimewa yang kaya dengan rasa.
  • 3 Sours Ice Blended: Minuman ais campur dengan gabungan rasa masam daripada buah-buahan segar, memberikan kesegaran yang sempurna.

Gabungan makanan sihat, pelbagai pilihan, serta tempat yang selesa dengan servis yang tip-top menjadikan tempat ini memperoleh 5/5 bintang!

Kredit: Elephant de Milan (Facebook)

Tonton episod ke-2 disini!

Jangan Ketinggalan!

Temui tempat-tempat makan menarik bersama Siti setiap Khamis di TVS Saluran 122 MYTV, Unifi TV, dan Astro. Jangan ketinggalan untuk menonton secara LIVE di Facebook, YouTube, dan TikTok TVS Entertainment.

Strim dalam kualiti HD di tvsarawak.my atau melalui aplikasi MYTV Mana-Mana, Unifi TV, dan Astro GO sekarang! Pastikan anda sertai perjalanan gastronomi ini dan nikmati pengalaman makan yang menginspirasikan.

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan