Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua beradik lemas ketika memancing di Pantai Lutong.

Dua beradik lemas selepas memancing di Pantai Lutong

BySalasiah Safian

MIRI, 12 Dis: Dua lelaki dipercayai adik-beradik lemas dihanyutkan arus deras ketika mandi di Pantai Lutong, Jalan Lutong di sini, hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Bomba Sarawak, mangsa yang meninggal dunia ialah Muhammad Faris Zamri, 16 tahun dan Muhd Nur Fadilah Zamri, 23 tahun.

Manakala seorang lagi mangsa, Fabian Ray Jerry, 18, yang selamat berkata mereka bertiga sedang mandi selepas memancing di pantai berkenaan.

Menurutnya ketika kejadian kedua-dua mangsa dibawa arus deras sebelum tenggelam dan hilang daripada pandangan.

Melihat keadaan tersebut, rakan mangsa terus menghubungi talian kecemasan 999 untuk mendapatkan bantuan.

Setibanya di lokasi Pasukan Keluaran Operasi (PKO) terus memulakan operasi pencarian di sekitar mangsa tenggelam dan berjaya menemui mangsa pertama yang terdampar di tepi pantai pada jam 2.40 petang.

Kenyataan turut mencatatkan mangsa kedua pula berjaya ditemui terapung 30 meter dari pantai pada jam 2.50 petang.

“Kedua-dua mangsa dibawa ke tempat yang selamat bagi menunggu pihak hospital membuat pengesahan.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak pegawai perubatan KKM yang berada di lokasi kejadian dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Setelah memastikan keadaan selamat PKO bertolak balik ke balai,” kata kenyataan tersebut.

Operasi ditamatkan pada jam 4 petang tadi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan