Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bank Rakyat buat kali pertama akan menganjurkan Muslimah Fest 2024 sebagai inisiatif baharu untuk menyokong perniagaan usahawan Muslimah tempatan.

Bank Rakyat anjur Muslimah Fest 2024 20 hingga 22 Disember ini

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 12 Dis: Bank Rakyat buat kali pertama akan menganjurkan Muslimah Fest 2024 sebagai inisiatif baharu untuk menyokong perniagaan usahawan Muslimah tempatan.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani berkata festival itu akan diadakan selama tiga hari bermula 20 hingga 22 Disember depan di Mid Valley Exhibition Centre (MVEC) di sini.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani. Foto Afiq (TVS)

Jelas beliau, acara itu akan disertai lebih 70 jenama fesyen Muslimah tempatan terkemuka termasuk bagi produk kecantikan, gaya hidup dan pakaian seperti Rockqueen by Ella, Bokitta dan Wardah Beauty.

“Kita jangka lebih 15,000 hingga 20,000 pengunjung akan menghadiri acara ini sepanjang tiga hari nanti.

“Bank Rakyat ingin memberi peluang kepada usahawan Muslimah untuk berkumpul bersama buat padanan perniagaan, juga untuk orang ramai hadir dan melihat jenama Muslimah yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS pada Sesi Makan Tengahari bersama Media bersempena Muslimah Fest 2024, di Publika di sini, hari ini.

Antara pengisian program juga termasuk pertunjukan fesyen ‘Elegance Unveiled: The Hijab Runway by Bank Rakyat’, program tutorial solekan bersama Wardah Beauty dan sesi perkongsian ilmu bagi usahawan wanita.

Sementara itu, Nizam berkata penganjuran Muslimah Fest itu juga adalah untuk mempromosi produk Kad Kredit-i Muslimah kepada golongan wanita dalam usaha mendokong perkenbangan fesyen dan keterampilan diri yang menepati syariat Islam.

Beliau berkata Muslimah Card merupakan satu-satunya kad kredit gaya hidup Islamik di pasaran negara yang menawarkan pelbagai manfaat dan promosi kepada Muslimah.

“Faedah dan tawaran yang ada adalah khusus untuk wanita kerana ketika ini jenama Muslimah merangkumi kesihatan, fesyen dan kecantikan, malah percutian Muslimah. Jadi semua ini akan kita gabungkan sebagai satu manfaat kad ini,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan