Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 309 unit rumah Kampung Penan Muslim Batu 10 di Bintulu telah menerima sumbangan alat pemadam api dari Bintulu Port Holdings Berhad.

309 rumah di Kampung Penan Muslim Batu 10 dilengkapi alat pemadam api

ByDouglas Elliot

KUCHING, 12 Dis: Sebanyak 309 unit kediaman di Kampung Penan Muslim Batu 10 di Bintulu menerima sumbangan alat pemadam api sempena Program Komuniti Selamat pada Khamis.

Sumbangan berkenaan menjadikan mereka sebagai komuniti kedua di Malaysia yang menerima sumbangan di bawah inisiatif “Satu Rumah Satu Alat Pemadam Api” (iRAPI) selepas Taman Sri Pelabuhan yang turut menerima sumbangan berkenaan.

Sumbangan itu diberikan pada penutup Program Komuniti Selamat yang julung kali dilaksanakan secara kerjasama strategik antara Bintulu Port Holdings Berhad, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Bintulu Port dan Petronas Carigali Sdn Bhd – Sarawak Asset (PCSB).

Menerusi satu kenyataan hari ini, Bintulu Port dan PCSB menyatakan sumbanagn terbabit diberikan sebagai komitmen mereka kepada setiap rumah dan penduduk kampung bagi meningkatkan tahap kesedaran serta keselamatan kebakaran dalam kalangan komuniti setempat.

“Ia menjadi platform interaksi yang bermakna dalam menyampaikan ilmu dan kesedaran keselamatan kepada masyarakat setempat.

“Kerjasama seperti ini bukan sahaja melakar sejarah baharu dalam pembangunan keselamatan komuniti, malah menjadi langkah signifikan ke arah memperkukuh hubungan strategik antara pihak kerajaan, swasta, dan masyarakat,” petik kenyataan berkenaan.

Pelbagai aktiviti dan program keselamatan turut dijalankan sepanjang program termasuk asas pertolongan cemas, latihan pengendalian dan penggunaan alat pemadam api dan tatacara mengawal dan memadam kebakaran melibatkan dapur oleh suri rumahtangga.

Terdahulu, majlis penutupan program itu disempurnakan Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Majang Renggi merangkap ADUN N70 Samalaju,

Turut hadir Pengarah Negeri JBPM, Negeri Sarawak, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPHB, Pengurus Besar Kanan Petronas Carigali Sdn Bhd – Sarawak Asset, Ketua Masyarakat serta wakil penduduk setempat.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan