Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba bagi Persidangan Hari Pertama Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sarawak Yang Kesembilan Belas di Dewan Undangan Negeri Sarawak, Petra Jaya Kuching. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Sarawak tambah belanja RM2.2 bilion tahun depan

KUCHING, 11 Nov: Kerajaan Sarawak meningkatkan perbelanjaan mengurus dan pembangunan dalam Belanjawan Negeri 2025, daripada RM13.6 bilion pada 2024 kepada RM15.8 bilion iaitu peningkatan sebanyak RM2.2 bilion atau 16 peratus.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, belanjawan bertemakan Bersama Membina Masa Depan Yang Makmur itu menjadi asas kepada strategi fiskal Kerajaan Sarawak dan menggambarkan komitmen kukuh kepada rakyat.

“Belanjawan ini dirancang untuk Sarawak yang inklusif dan makmur yang mana setiap rakyat mendapat akses yang saksama kepada peluang dan sumber untuk berkembang.

“Ia (belanjawan) telah dinilai dengan teliti dan dirumuskan untuk memastikan negeri kita kekal berdaya tahan, kompetitif dan mampu menyesuaikan diri di tengah ketidakpastian global,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan cadangan Belanjawan Negeri 2025 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Menurutnya, Belanjawan Negeri 2025 memperbaharui dan menunjukkan komitmen Kerajaan Sarawak dalam memperjuangkan kebajikan rakyat melalui pendekatan bagi meringankan beban kewangan golongan berpendapatan rendah dan sederhana selain terus melaksanakan program memfokuskan rakyat.

“Secara ringkas, Belanjawan 2025 dirangka melalui lapan teras strategik seperti mengubah dan mendiversifikasi ekonomi Sarawak, menempatkan Sarawak sebagai destinasi pelaburan utama dan mempromosikan pembangunan PKS serta mengukuhkan pembangunan bakat dan pendidikan.

“Teras lain merangkumi mempercepat transformasi digital dan inovasi, meningkatkan kesejahteraan rakyat dan memastikan pembangunan inklusif serta mempromosikan budaya, sukan dan pengukuhan belia.

“Kita turut menumpukan kepada usaha meningkatkan kelestarian alam sekitar serta mengukuhkan penyampaian perkhidmatan awam dan kapasiti,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan