MIRI, 11 Nov: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lelaki yang hilang di Kampung Beraya Batu 1 di sini, diteruskan hari ini.
Komander Operasi, Rary Binjie berkata, SAR yang memasuki hari keempat dimulakan jam 9.30 pagi tadi.
“Pasukan SAR turut disertai Unit K9 polis membuat pencarian di sekitar radius dua kilometer dari kawasan rumah mangsa yang dikhuatiri hilang.
“Turut menyertai SAR ialah pihak polis Miri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Rela dan penduduk kampung,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, mangsa Budi Budin berusia 39 tahun dilaporkan hilang oleh anggota keluarga pada jam 7.20 malam Jumaat.
Mangsa dilaporkan telah keluar dari rumah pada 2 November lalu dan perlu melapor diri ke pejabat AADK pada 5 November, namun tidak balik ke rumah hingga sekarang. -TVS