Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Royston Valentine

Kembangkan industri tenaga Sarawak

ByMahathir Haroun

KUCHING, 11 Nov: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Royston Valentine menyifatkan pindaan Rang Undang-Undang Pengagihan Gas 2024 merupakan langkah penting pengembangan industri tenaga di Sarawak.

Beliau berkata, pindaan utama ordinan tersebut adalah melibatkan penambahan Bahagian IV A yang khusus untuk hidrogen yang mana ordinan asal hanya terpakai kepada gas asli.

“Pindaan ini memperluaskan skopnya untuk merangkumi sumber hidrogen. Ini bermakna aktiviti seperti penjanaan hidrogen, penggunaan tanah dan premis untuk kemudahan penjanaan hidrogen serta pengedaran hidrogen kini dikawal selia di bawah ordinan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Pengagihan Gas (Pindaan) 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Sarawak (DUS) di sini, hari ini.

Menurutnya, pindaan tersebut bukan sahaja bertujuan memperbaharui undang-undang sedia ada tetapi untuk memastikan Sarawak sentiasa berada di barisan hadapan dalam penggunaan dan pengeluaran hidrogen sebagai sumber tenaga alternatif.

“Ia (pindaan) juga memperkenalkan kuasa untuk membuat peraturan berkaitan pelbagai aspek hidrogen.

“Ini termasuk prosedur permohonan lesen, spesifikasi dan piawaian untuk penjanaan hidrogen, kualiti hidrogen, keselamatan dan pentauliahan kemudahan penjanaan hidrogen.

“Pindaan ini merangkumi beberapa aspek utama yang akan memperkukuh pengawalan dan pengurusan sumber gas serta hidrogen di Sarawak,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan