Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rang Undang-Undang (RUU) Pengagihan Gas (Pindaan) 2024 yang dibentangkan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi diluluskan pada persidangan hari pertama Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang ke-19 petang tadi. Foto fail TVS

DUN Sarawak: Pindaan Pengagihan Gas 2024 diluluskan

ByMahathir Haroun

KUCHING, 11 Nov: Rang Undang-Undang (RUU) Pengagihan Gas (Pindaan) 2024 yang dibentangkan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi diluluskan pada persidangan hari pertama Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang ke-19 petang tadi.

RUU tersebut diluluskan dengan majoriti dua pertiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selepas ia dibahaskan oleh 22 wakil rakyat.

Timbalan Speaker DUN Sarawak, Dato Idris Buang mengumumkan perkara itu selepas undi belah bahagi dilakukan.

Untuk rekod, RUU tersebut diperkenalkan bagi mengawal selia aktiviti pengagihan hidrogen di Sarawak.

Julaihi berkata, ia melibatkan bahan mentah yang dikeluarkan, diperoleh atau diimport ke Sarawak.

Pindaan tersebut antara lain merangkumi maksud gas yang akan merangkumi hidrogen sebagai salah satu jenis gas yang dikawal selia di bawah ordinan utama selain turut menggabungkan peruntukan baharu di bawah Bahagian IVA bagi mengawal selia secara khusus aktiviti berhubung hidrogen.

Menteri bertanggungjawab ke atas pelaksanaan dan pentadbiran Bahgaian IVA adalah menteri bertanggungjawab bagi tenaga dan kelestarian alam sekitar.

Selain itu katanya, pindaan RUU tersebut juga memperkenalkan kesalahan baharu dan penalti berhubung sebarang aktiviti yang tidak dibenarkan berkaitan dengan hidrogen. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan