Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi membentangkan Rang Undang - Undang (RUU) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Bajet suntik komitmen MUT sedia perkhidmatan utiliti, telekomunikasi mampan

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 11 Nov: Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 yang dibentangkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merupakan bajet berorientasikan rakyat yang menggariskan komitmen Kerajaan Sarawak terhadap kebajikan rakyat.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, ia menggambarkan usaha Sarawak dalam mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, merangsang pelaburan swasta, mewujudkan peluang pekerjaan dan membina ekonomi yang lebih berdaya saing dan berdaya tahan.

Menurutnya, Sarawak mengunjurkan hasil pendapatan bagi tahun 2025 sebanyak RM14. 2 bilion yang merupakan satu lagi yang terbesar dalam sejarah bajet Sarawak berbanding RM13.3 bilion pada 2024.

“Belanjawan Sarawak 2025 dijangka menjana lebihan RM 486 juta, ia menunjukkan kekuatan kewangan Sarawak pada laluan pertumbuhan pemulihannya di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan susulan pembentangan Belanjawan Sarawak 2025 oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Jelasnya, Sarawak menyalurkan peruntukan besar yang melengkapkan jumlah Belanjawan Persekutuan baru-baru ini sebanyak RM5.9 bilion.

Mewakili kementeriannya, Julaihi mengucapkan terima kasih kepada Abang Johari kerana memperuntukkan RM1.72 bilion untuk pembangunan perkhidmatan air, elektrik dan telekomunikasi.

Dengan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM1.23 bilion untuk air dan elektrik dan RM0.49 bilion untuk perkhidmatan telekomunikasi, katanya, kementerian komited menyediakan liputan penuh untuk perkhidmatan utiliti dan telekomunikasi mampan dan berpatutan terutamanya di kawasan luar bandar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan