Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan berhampiran Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Jalan Lingkaran Luar Bandar, Kota Samarahan, petang ini. Foto JBPM

Wanita cedera, kemalangan babitkan dua lori di Samarahan

KOTA SAMARAHAN, 10 Okt: Seorang wanita cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan berhampiran Kem Skuadron 330 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Jalan Lingkaran Luar Bandar di sini, petang tadi.

Komander Operasi, Ahmad Shah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 4.39 petang sejurus itu menggerakkan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan iaitu lori kontena, lori panjang dan kereta Proton Saga.

“Terdapat seorang mangsa wanita berusia 27 tahun telah tersepit dan mengalami kecederaan telah berjaya di keluarkan oleh pasukan bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa diberi rawatan awal oleh anggota Unit EMRS Kota Samarahan dan seterusnya menghantar mangsa ke Hospital Pusat Jantung untuk tindakan selanjutnya.

“Kerja – kerja membersihkan sisa-sisa kemalangan turut dijalankan sehingga selesai bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan