Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Setiausaha Negera, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berucap pada Majlis Aspirasi Kepimpinan Ketuasetiausaha Negara Bersama Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan Dan Sarawak Tahun 2024.

MEKAR JPN Sarawak tingkat mutu perkhidmatan awam di luar bandar

KUCHING, 10 Okt: Usaha Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak memperkasakan Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) menerusi unit tambahan di luar bandar wajar dicontohi dalam meingkatkan mutu perkhidmatan awam.

Ketua Setiausaha Negera, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata ia berhasil dalam memberi kemudahan kepada masyarakat terutama mereka yang tinggal jauh dari bandar.

“JPN Sarawak telah memperkasakan Program MEKAR dengan menubuhkan Unit Mekar tambahan di pejabat Bahagian Sri Aman, Bahagian Sibu, Bahagian Kapit, Bahagian Bintulu dan Bahagian Miri agar kemudahan perkhidmatan pendaftaran kelahiran, kematian kad pengenalan, serahan dokumen serta khidmat nasihat dapat dinikmati oleh rakyat terutamanya penduduk di kawasan pedalaman dan luar bandar.

“Perkhidmatan sebegini membantu proses membuat dokumen pengenalan diri tanpa perlu pergi ke pejabat JPN yang agak jauh dari tempat tinggal masyarakat, “ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Aspirasi Kepimpinan Ketua Setiausaha Negara Bersama Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan Dan Sarawak Tahun 2024 di Kuching pada Khamis.

Selari dengan usaha kerajaan dalam memanfaatkan penggunaan teknologi digital dalam penyampaian perkhidmatan, ia lebih mudah dan menjimatkan masa pelanggan tanpa perlu berurusan secara fizikal di kaunter seperti yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Jabatan itu katanya telah menjadi perintis kepada penggunaan teknologi dalam penyampaian perkhidmatan sekali gus meningkatkan kualiti dan melebarkan outreach kepada pelanggan, inisiatif secara atas talian melalui Sistem MySikap telah dipekenalkan.

Justerus usaha mereformasikan perkhidmatan awam dengan segera perlu dilakukan demi membangunkan kompetensi awam dalam pelbagai aspek seterusnya menghasilkan tatakelola yang baik dan merangsang produktiviti.

Dalam pada itu, Shamsul menyeru semua agensi pelaksana perkhidmatan awam Persekutuan agar sentiasa bekerjasama dengan agensi Kerajaan Sarawak untuk memastikan projek berimpak tinggi khususnya melibatkan kesejahteraan rakyat terus diberi tumpuan dan menjadi keutamaan.

“Ia terutama dengan memberi tumpuan kepada  fasiliti dan kemudahan sektor pendidikan dan kesihatan di Sarawak kerana isu itu sering mendapat perhatian penduduk di luar bandar.

“Kerajaan Persekutuan menerusi Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak serta agensi berkaitan akan terus memberi tumpuan kepada program pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam, terutama kemudahan seperti bangunan sekolah dan klinik kesihatan yang kritikal di Sarawak,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan