Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
DSP Liong Tindan, Foto: Liong Tindan.

Bayi lelaki ditemui di Trusan

LAWAS, 10 Okt: Penduduk di sini digemparkan dengan penemuan seorang bayi lelaki di kawasan Trusan pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan berkata, bayi berkenaan ditemui orang awam sebelum dihantar ke Hospital Lawas untuk menerima rawatan.

Liong berkata satu laporan polis dibuat mengenai penemuan bayi lelaki terbabit pada jam 9.40 pagi.

“Bayi lelaki yang tidak bertali pusat itu kini masih dirawat di Hospital Lawas dan dalam keadaan sihat.

“Kita sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Liong turut menasihatkan kepada orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini.

“Sebarang maklumat berkenaan kejadian ini boleh disalurkan terus kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Akmal di talian 011-58520868, 085-284467 atau mana-mana balai polis berhampiran,”katanya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan