Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar semasa sidang media di Kompleks DUN Sarawak hari ini. Foto TVS

Tingkatkan standard demokrasi Parlimen

ByAdlina Rahman

KUCHING, 9 Sept: Pindaan peraturan mesyuarat adalah perkara wajar untuk memperkukuhkan kedudukan speaker di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, ia penting bagi memastikan standard demokrasi Parlimen dan keharmonian semasa persidangan dapat dikekalkan.

“Jika timbul suasana yang mana speaker dicabar sama ada di luar atau dalam dewan, ia akan melemahkan demokrasi Parlimen. Kedudukan speaker mesti diperkukuhkan, jadi tajuk mesyuarat adalah untuk memperkasakan institusi speaker.

“Ia adalah untuk meningkatkan standard demokrasi Parlimen kerana kita tidak mahu keadaan dewan kucar-kacir,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Kompleks DUN Sarawak hari ini.

Pindaan peraturan mesyuarat merupakan perkara yang akan dibangkitkan pada Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan DUN Se-Malaysia 2024 yang berlangsung di Sarawak bermula 12 September ini.

Menurut Asfia, pindaan tersebut turut bertujuan menambah baik peraturan mesyuarat sedia ada yang dilihat kurang berkesan.

Tambahnya, sesetengah peraturan mesyuarat sedia ada dilihat lapuk dan media sosial semakin kerap digunakan namun ia tidak termasuk dalam peraturan.

“Kadang kala selepas keputusan dibuat oleh speaker, ahli Parlimen membuat sidang media, komen di media sosial tumbuh seperti cendawan mengenai keputusan speaker atau rang undang-undang tertentu.

“Oleh itu, kita mahu menambah baik peraturan mesyuarat untuk menghadapi cabaran baharu yang tidak diduga. Situasi dan keadaan masa ini memerlukan satu kajian untuk menghadapi cabaran,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan