Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari ketika menghadiri Persidangan Petroleum Asia Pasifik (APPEC) 2024. Foto Zen Hashim (TVS)

Sarawak mengukuh kedudukan sebagai peneraju Hidrogen Hijau di Asia-Pasifik

ByIqbal Asraff Mohamad Yusuf

SINGAPURA, 9 Sept: Sarawak mengukuh kedudukannya sebagai peneraju global dalam pasaran Hidrogen Hijau dengan matlamat untuk meraih bahagian pasaran di rantau Asia-Pasifik.

Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, antara langkah yang diambil untuk mencapai sasaran ini adalah dengan terus memajukan strategi tenaga bersih melalui penerokaan teknologi seperti projek Hibrid Solar-Angin dan Solar-Hidro.

“Inovasi ini melengkapkan pengembangan tenaga hidro kami dan memainkan peranan penting dalam mengurangkan pelepasan karbon merentasi pelbagai sektor.

“Menerusi inisiatif tenaga boleh diperbaharui yang ada, penyelesaian hibrid ini mengetengahkan komitmen teguh terhadap pembangunan tenaga mampan dan masa depan rendah karbon,” katanya ketika berucap di Persidangan Petroleum Asia Pasifik (APPEC) 2024 di sini.

Katanya lagi, Sarawak kini juga dalam usaha menjadi kuasa tenaga hijau ASEAN, dengan sasaran menggandakan kapasiti elektriknya kepada 10 gigawatt (GW) menjelang 2030 dan terus berkembang kepada 15GW menjelang 2035.

“Sarawak komited untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan beralih kepada ekonomi rendah karbon. Kami telah melabur dalam teknologi hijau, memperluaskan tenaga hidro, tenaga solar, dan mempelbagaikan campuran tenaga kami dengan sumber yang boleh diperbaharui.

“Tenaga hidro adalah kunci dalam peralihan kami, memberikan tenaga bersih untuk pembangunan. Kami juga sedang memperluaskan penggunaan tenaga solar dan meneroka potensi tenaga angin di sepanjang kawasan pantai,” tambahnya.

Beliau berkata, semua ini turut bertujuan untuk meletakkan Sarawak sebagai kuasa tenaga hijau di ASEAN melalui kerjasama global dan penyelidikan yang dipacu oleh Kecerdasan Buatan (AI) untuk mengoptimumkan pengeluaran dan pengagihan tenaga, sekali gus memacu ekonomi hijau ke hadapan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan