KUCHING, 9 Sept: Corak permainan ala Sepanyol diterapkan Pau Marti Vicente ke dalam skuad kebangsaan ternyata membawa aura positif dalam kalangan pemain.
Pemain kelahiran Malaysia-Finland, Nooa Laine ternyata selesa dengan corak permainan diterapkan Pau Marti ke dalam kem Harimau Malaya.
Nooa diturunkan dalam kesebelasan utama dalam aksi final bertemu Lubnan yang menyaskikan Harimau Malaya menjuarai Pestabola Merdeka selepas 11 tahun.
“Kami lebih kerap mengawal pemainan dan rata-rata pemain yang diturunkan sudah biasa dengan corak permainan ini,” katanya.
Menurutnya, beliau akan terus fokus dengan latihan dan permainan.
“Saya tidak membaca kritikan terhadap diri saya,” ujarnya.-TVS