Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Julaihi Narawi menerima cenderamata semasa Program Jiwa Komuniti Madani di Pusat Inkubator dan Bimbingan Usahawan Sampat di Sebuyau pada Ahad. Foto TVS

Luar bandar tidak tersisih arus pembangunan

SEBUYAU, 9 Sept: Kerajaan komited membangunkan kawasan luar bandar agar jurang perbezaan kemudahannya dengan bandar dirapatkan.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi berkata pelbagai inisiatif dan usaha telah kerajaan lakukan supaya penduduk luar bandar tidak tersisih daripada arus pembangunan.

“Kerajaan Sarawak mahukan penduduk di kawasan luar bandar juga menikmati kemudahan asas,” katanya ketika berucap pada Program Jiwa Komuniti Madani di Pusat Inkubator dan Bimbingan Usahawan Sampat di sini pada Ahad.

Jelas beliau, kini pihak kerajaan banyak melaksankan projek berkaitan bekalan air di seluruh Sarawak terutama di kawasan luar bandar.

Ujarnya, walaupun projek tersebut belum siap seratus peratus, namun ia kini menunjukkan kemajuan yang positif.

Mengenai Program Jiwa Komuniti Madani, Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sebuyau berkata ia merupakan satu inisiatif untuk mendekati rakyat terutama mereka yang berada di kawasan luar bandar seperti Sebuyau.

Menurutnya, program seumpama ini penting untuk memberi pendedahan kepada rakyat sekali gus mendengar suara mereka.

Katanya, masyarakat di peringkat akar umbi perlu faham tentang dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan agar perubahan ke arah kemajuan dapat dibawa dengan lebih mudah.

“Ini merupakan salah satu daripada perubahan yang telah berlaku di kawasan luar bandar tidak terkecuali kawasan Sebuyau,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan