KUCHING, 9 Sept: Park Hang-seo bukan asing dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia kerana beliau merupakan watak penting yang membawa kepada kegemilangan Vietnam.
Bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan Vietnam yang berasal dari Korea Selatan itu baru-baru ini berada dalam senarai pendek Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menggantikan Kim Pan-gon sebagai pengendali skuad Harimau Malaya.
Di sebalik keterujaan peminat tempatan terhadap Hang-seo, ejen jurulatih tersebut, Lee Dong-jun berkata, pihaknya terbuka untuk melakukan rundingan dengan FAM.
Bagaimanapun FAM dilihat perlu membayar harga premium jika mahu menjadikan Hang-seo sebagai ketua jurulatih baharu pasukan negara kerana beliau menerima gaji lumayan semasa bersama Vietnam.
Sebagai rekod, Hang-seo ketika ini menjadi penasihat bagi kelab divisyen dua Vietnam, Bac Ninh FC.-TVS

