Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar berdasarkan rakaman NEMA menunjukkan sebuah kenderaan hangus di selepas letupan lori tangki bahan api yang bertembung dengan kenderaan yang membawa lembu di Agaie pada 8 September 2024. Foto, NEMA, AFP.

59 terkorban letupan lori tangki bahan api di Nigeria

ByAFP

LAGOS, 9 Sept: Sekurang – kurangnya 59 orang terkorban apabila sebuah lori tangki membawa bahan api meletup selepas bertembung dengan trak yang membawa penumpang dan lembu di utara Nigeria, kata agensi penyelamat pada Isnin.

Gambar yang dikeluarkan oleh Agensi Pengurusan Kecemasan Negeri Niger (SEMA) menunjukkan pekerja mengebumikan puluhan mayat mangsa yang rentung akibat kejadian awal pagi Ahad.

Imej menunjukkan kenderaan terbakar dengan asap berkepul-kepul dalam kejadian di daerah Agaie.

Jurucakap SEMA Ibrahim Husseini memberitahu AFP, jumlah kematian meningkat kepada 59 pada Isnin berbanding angka awal 52 orang selepas lebih banyak mangsa ditemukan.

“Ada kemungkinan lebih banyak mayat akan ditemui,” katanya.

Dua kenderaan lain iaitu kren dan van turut terlibat dalam kemalangan itu manakala lebih 50 ekor lembu mati terbakar.

Pejabat Presiden Bola Ahmed Tinubu telah mengarahkan agensi persekutuan bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi meningkatkan keselamatan pengembara dan penduduk.

Letupan lori tangki bahan api dianggap perkara biasa di negara itu yang memiliki penduduk paling ramai di Afrika.

Menurut Suruhanjaya Keselamatan Jalan Raya Persekutuan (FRSC), lebih 5,000 orang maut dalam kemalangan di negara itu pada 2023 berbanding hampir 6,500 orang pada tahun sebelumnya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagaimanapun berkata angka itu tidak mengambil kira kes kemalangan yang tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.

WHO menganggarkan kematian tahunan akibat kemalangan jalan raya di Nigeria mencecah hampir 40,000 orang menerusi laporan yang diterbitkan tahun lalu. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan