Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Zoo San Diego pada Rabu membenarkan pengunjung melihat sepasang panda gergasi China, Yun Chuan dan Xin Bao yang dibawa masuk ke Amerika Syarikat dalam tempoh 21 tahun.Foto, Reuters.

Zoo San Diego benarkan pengunjung lihat pasangan panda gergasi dari China

ByReuters

CALIFORNIA, 8 Ogos: Zoo San Diego pada Rabu membenarkan pengunjung melihat sepasang panda gergasi China, Yun Chuan dan Xin Bao yang dibawa masuk ke Amerika Syarikat dalam tempoh 21 tahun.

Kakitangan zoo itu berkata, panda itu tiba pada akhir Jun dan setakat ini berjaya menyesuaikan diri dengan baik di habitat baharunya.

Duta Hidupan Liar Zoo San Diego, Marco Wednt berkongsi bahawa panda betina gergasi bernama Xin Bao mewakili pemuliharaan hidupan liar, keamanan dan persahabatan.

Katanya panda itu sangat pintar manakala Yun Chuan pula lebih santai.

Yun Chuan, panda jantan yang berusia lima tahun pula juga lebih mudah dikenali kerana memiliki hidung mancung manakala Xin Bao yang berusia empat tahun dilahirkan dengan telinga yang besar dan gebu.

Xin Bao membawa maksud “harta kemakmuran dan kelimpahan yang berharga”.

Dalam pada itu, pihak zoo bekerjasama rapat dengan pakar China untuk membantu tempoh penyesuaian dan memahami keperluan kedua-dua ekor panda itu.

Pasangan panda ini menikmati buluh segar dan roti jagung kukus tradisional Cina yang juga dipanggil roti panda sebagai diet.

Kerajaan Komunis China telah lama menggunakan “diplomasi panda” untuk meningkatkan hubungan antarabangsanya.

Wendt berkata ini akan terus menjadi kerjasama berterusan melibatkan usaha pemuliharaan AS dan China dan pameran Panda Ridge akan dibuka kepada orang ramai bermula hari ini. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan