Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, merakam gambar kenangan bersama Pengarah-pengarah dibawah Kementerian Komunikasi semasa Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC2023) Zon Sarawak di Auditorium P. Ramlee RTM Kuching pada Khamis. Foto TVS

Pelesenan platform media sosial dapat perhatian dunia

KUCHING, 8 Ogos: Usaha Malaysia dalam melaksanakan pelesenan platform media sosial bermula 1 Januari 2025 mendapat perhatian dunia.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima panggilan daripada badan kawal selia UK iaitu Ofcom yang bertanya mengenai modul yang bakal diguna pakai untuk usaha pelesenan platform media sosial di Malaysia.

Menurutnya, beliau percaya pada sesi perbincangan pada tahun hadapan yang akan dihoskan oleh MCMC dengan semua badan kawal selia di negara Asean mahupun lebih luas ingin mengetahui pencapaian dan kejayaan dilakukan berdasarkan pelaksanaan proses pelesenan tersebut.

“Bukan UK sahaja, ada beberapa negara lain yang turut berminat untuk tahu tentang proses itu.

“Saya percaya apabila kita adakan sesi meja bulat pada tahun hadapan yang akan dihos oleh MCMC, ramai yang akan ingin mengetahui pencapaian dan apa yang berjaya kita lakukan berdasarkan proses pelesenan yang akan berkuatkuasa pada  01 Januari 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC2023) Zon Sarawak di Auditorium P. Ramlee RTM Kuching pada Khamis.

Satu perundangan baharu bagi meningkatkan tahap keselamatan dalam digital merangkumi peruntukan berhubung tatacara dan penguatkuasaan suis pemati (kill switch) secara terperinci dan akan dibentangkan di Parlimen, Oktober ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dalam kenyataan sebelum ini berkata undang-undang itu bakal meletakkan tanggungjawab kepada penyedia perkhidmatan media sosial dan penyedia perkhidmatan pesanan Internet.

Hal itu agar mereka memainkan peranan dalam menangani jenayah dalam talian seperti kes penipuan, buli siber, penyebaran bahan penganiayaan seksual kanak-kanak serta gangguan dan antun seksual.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan