Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang. Foto fail Aaron Ago Dagang (FB)

KPN perluas inisiatif ‘Ini Warisan Kita’, laksana empat program baharu – Aaron

ByBernama

PUCHONG, 14 Julai: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan memperluas inisiatif ‘Ini Warisan Kita’ dengan pelaksanaan empat program baharu di bawah inisiatif berkenaan pada tahun ini.

Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang berkata empat program itu ialah Festival Budaya Warisan Sarawak, Festival Budaya Warisan Sabah, Kenali Minoriti Kita dan Bahasa Etnik Minoriti.

“KPN akan memperluas lagi program ‘Ini Warisan Kita’ ke seluruh negara termasuklah pelaksanaannya di peringkat sekolah bagi meningkatkan lagi pengetahuan, kefahaman dan penghayatan masyarakat pelbagai kaum tentang khazanah warisan negara ini.

“Kementerian akan sentiasa memberi sokongan kepada program bercirikan kebudayaan dan kemasyarakatan kerana ia dilihat berupaya mengeratkan silaturahim, menyatupadukan rakyat dan memperteguh hubungan masyarakat demi kesejahteraan serta keharmonian negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Penutupan Gawai Dayak dan Kaamatan 2024 anjuran Persatuan Anak Borneo Semenanjung (ABS) di sini malam tadi.

Aaron berkata pada tahun lepas, kementeriannya telah melancarkan inisiatif ‘Ini Warisan Kita’ sebagai satu daripada pengisian utama dalam program Kembara Perpaduan Malaysia MADANI melalui konsep ‘Perpaduan Dalam Kepelbagaian’.

Beliau berkata inisiatif itu untuk menyuntik semangat cinta kepada tanah air melalui penghayatan terhadap kepelbagaian khazanah yang diwarisi negara sejak turun-temurun.

Berkaitan program malam ini, Aaron berkata program seumpama itu mampu membantu masyarakat pelbagai kaum mengenali antara satu sama lain khususnya berkaitan adat dan budaya pelbagai etnik di Malaysia.

“Pendekatan program ini juga bertepatan dengan slogan ‘Segulai Sejalai’ membawa maksud ‘Seiring Sejalan’ yang melambangkan kesatuan, perpaduan serta semangat kerjasama yang utuh rakyat Malaysia,” katanya sambil berharap program sedemikian dapat diteruskan dalam usaha memelihara keharmonian negara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan