Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Hanifah Hajar Taib pada sidang media Larian Amal PERKIM Sarawak 2024 di Waterfront Hotel di Kuching pada Ahad. Foto TVS

Larian Amal PERKIM sasar 2,000 penyertaan

KUCHING, 7 Julai: Larian Amal Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Sarawak 2024 yang akan diadakan pada 15 September depan di pekarangan Pustaka Negeri Sarawak menyasarkan penyertaan seramai 2,000 orang peserta.

Pengerusi PERKIM Sarawak, Datuk Hanifah Hajar Taib  berkata, objektif larian yang diadakan mulai jam 4 pagi hingga 9 pagi itu ialah untuk mengumpul dana, selain bagi menampung kos operasi dan penambahbaikan Laila Stroke Care Centre.

“Dari segi kebajikan yang kami ingin laksanakan selain daripada dakwah ialah  pendidikan serta pemberian makanan keperluan kepada golongan daif.

“Waktu yang bila diperlukan seperti jikalau ada bencana kami akan melaksanakan sebanyak yang boleh dari segi kebajikan yang kami boleh bantu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi sidang media Larian Amal PERKIM Sarawak 2024 di Waterfront Hotel di Kuching pada Ahad.

Kategori larian yang akan diadakan termasuk Competitive Run iaitu Half Marathon 21 kilometer dan 10 kilometer dan juga Fun Run, 5 kilometer dan 3 kilometer.

Pemenang tempat pertama bagi kategori 10 kilometer lelaki dan wanita akan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 seorang.

Bagi pemenang kategori 21 kilometer lelaki dan wanita pula akan membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 seorang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan