Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Peserta berlari mendahului lembu jantan semasa "encierro" (lembu jantan) festival San Fermin di Pamplona, ​​utara Sepanyol, pada 7 Julai 2024. Foto AFP

6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol

ByBernama

MADRID, 7 Julai: Seramai enam orang cedera pada hari pertama acara larian lembu tahun ini di Pamplona, Sepanyol, menurut pegawai perubatan pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Seorang mangsa mengalami kecederaan di kepala, manakala lima yang lain mengalami lebam, kata jurucakap perkhidmatan kesihatan tempatan kepada penyiar awam RTVE.

Beberapa mangsa yang cedera telah dimasukkan ke hospital.

Bermula 7 hingga 14 Julai, ratusan orang akan mengejar enam ekor lembu jantan dan ada di antaranya seberat lebih 600 kilogram, melalui lorong-lorong sempit Pamplona sejauh 875 meter menuju ke arena.

Lembu-lembu itu kemudiannya dikurung di gelanggang sebelum diletakkan bersama matador untuk pertarungan.

Sejak 1924, terdapat 16 kematian dan yang kali terakhir pada 2009.

Aktivis hak haiwan menyifatkan acara larian lembu ini sebagai “kekejaman zaman pertengahan”.

Namun begitu, festival ini terus menarik ribuan pelawat dari seluruh dunia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan