Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Penyiaran Sarawak, Wan Azhan Wan Hamat bersama finalis Sape Junior 2024. Foto TVS

Sape Junior angkat martabat warisan seni muzik Sape

KUCHING, 5 Mei: Program Seni Warisan Sape Junior (Sape Junior) 2024 merupakan platform memartabatkan serta melestarikan muzik tradisional Sape, kata Pengarah Penyiaran Sarawak, Wan Azhan Wan Hamat.

Menurutnya, program tersebut turut dijadikan wadah untuk mencungkil serta mengetengahkan bakat baharu pemain Sape di Sarawak untuk diperkenalkan bukan sahaja di persada seni tempatan, malah ke peringkat global.

“Ramai yang akan berentap dan daripada situ kita boleh lihat keunikan Sape itu sendiri bukan hanya kepada bunyinya, tapi juga pada bentuk dan elemen-elemen seni yang ada, terutama sekali ukiran Sape itu sendiri,” katanya.

Tambahnya lagi, bukan hanya bakat bermain Sape serta muzik yang bakal dipertontonkan, malah ia akan turut membuka ruang untuk mempromosikan industri pembuatan alat musik tradisional suku kaum Kayan dan Kenyah di Sarawak.

“Yang penting satu lagi, industri pembuatan Sape itu sendiri akan dapat diperluaskan, dapat diperkasakan dan ini memberikan ruang bukan terhad kepada peserta ataupun pemuzik tadi, tetapi industri pembuatan,” katanya.

Beliau ditemui pada sidang media Pertandingan Akhir Program Seni Warisan Sape Junior 2024 di Jabatan Penyiaran (RTM) Sarawak pada Ahad.

Wan Azhan turut berharap agar program seperti Sape Junior itu kelak akan terus dapat melahirkan ramai lagi bakat-bakat baharu dalam muzik Sape, malah pembuatan alat muzik tradisi bagi melestarikan kesenian alat muzik kordofon atau bertali ini.

Seramai enam finalis bakal berentap pada pertandingan akhir Sape Junior 2024 yang bakal berlangsung di Auditorium P.Ramlee RTM Kuching pada 11 Mei kelak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan