Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Faisal Halim yang dirawat di sebuah hospital swasta dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Saksi kejadian Faisal Halim disimbah asid diminta tampil bantu siasatan – PDRM

ByHafeezzur Muzamir

PETALING JAYA, 5 Mei: Polis meminta saksi yang melihat kejadian simbah asid membabitkan pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Abdul Halim untuk tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang mengesahkan kes itu memberitahu pihaknya menerima maklumat kejadian daripada orang awam menerusi panggilan kecemasan pada pukul 5.51 petang.

Faisal Halim disimbah asid

Jelas beliau, panggilan yang diterima oleh Polis Petaling Jaya memaklumkan seorang pemain bola sepak kebangsaan telah disimbah cecair disyaki asid semasa berada di sebuah pasar raya terkemuka di Damansara.

“Mangsa kini dirawat di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya dan berada dalam keadaan stabil,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyn 326 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes itu boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222,” katanya.

Terdahulu, Faisal yang beraksi bersama Selangor FC dilaporkan telah mengalami kecederaan di badan dan tangan akibat kejadian itu.

Dalam pada itu, Selangor FC dalam satu kenyataan di Facebook berkata, kelab berkenaan memandang serius insiden itu.

“Selangor FC  akan bekerjasama pihak berkuasa untuk melaksanakan siasatan terperinci untuk mengenal pasti suspek yang terlibat.

“Kami juga menyeru para penyokong dan peminat bola sepak di seluruh negara untuk mendoakan dan memberi sokongan moral kepada Faisal Halim dan keluarganya serta menghormati privasi beliau dan keluarganya pada masa ini,”kata kenyataan itu.

Ini menjadi kes kedua membabitkan pemain kebangsaan selepas pemain Terengganu FC, Akhyar Rashid disamun pada Khamis lalu yang mengakibatkan dirinya kerugian lebih RM4,800 selain mengalami kecederaan akibat dipukul dengan objek keras. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan