KUALA LUMPUR, 5 Mei: Penyerang Selangor FC, Faisal Halim dilaporkan cedera disimbah asid di sebuah pusat membeli belah di ibu negara hari ini.
Gambar menunjukkan penyerang kebangsaan dalam keadaan tidak berbaju itu selepas disimbah asid turut tular di media sosial.
Difahamkan polis sudah berada di tempat kejadian.
Sementara itu Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengecam sekerasnya – kerasnya keganasan terhadap atlet.
“Tiada keganasan dalam sukan. Saya minta polis segera mengambil tindakan terhadap pelaku,” katanya menerusi ciapan di X. – TVS.



