Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Bersama Kementerian Sumber Asli & Pembangunan Bandar Sarawak (MUDeNR) dan Kementerian Perdagangan Antrabangsa, Industri & Pelaburan Sarawak (MINTRED) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini. Foto Zaim Zharfan (TVS)

Penglibatan sektor swasta bantu capai sasaran jana kuasa 10GW menjelang 2030 – Awang Tengah

ByDouglas Elliot

KUCHING, 5 Mei: Penglibatan pihak swasta amat dialu-alukan bagi membantu Sarawak mencapai sasaran jana kuasa 10 gigawatt (GW) menjelang 2030.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan optimis Sarawak mampu mencapai sasaran itu berikutan bahan mentah dan sumber semula jadi yang ada di wilayah ini.

“Namun, bagaimana tangkasnya kita untuk mempertingkatkan kapasiti ini berkait-rapat dengan pembangunan kuasa dan perancangan kita.

“Oleh itu, kita membuka peluang kepada sektor swasta yang lain untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad (SEB) dalam pembangunan sektor tenaga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Bersama Kementerian Sumber Asli & Pembangunan Bandar Sarawak (MUDeNR) dan Kementerian Perdagangan Antrabangsa, Industri & Pelaburan Sarawak (MINTRED) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Katanya lagi, Sarawak juga memiliki potensi besar dalam pembangunan tenaga hijau melalui hidro, gas, solar, angin, ombak dan biojisim bagi kegunaan domestik dan tujuan eksport.

“Kita akan membangunkan semua sektor untuk pembangunan tenaga hijau dan kita kini dalam perancangan untuk menggantikan loji-loji jana kuasa yang menggunakan sumber arang batu dengan sumber biojisim.

“Justeru, saya berharap bagi pihak-pihak yang terlibat terutama sekali industri perkayuan untuk mengambil peluang yang ada iaitu konsep ‘waste-to-energy’ (WTE).

Awang Tengah yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II berkata, meskipun Sarawak kecil dalam peta dunia, namun ia memliki impian besar untuk menyumbang penyelesaian kepada masalah perubahan iklim global.

Terdahulu, Awang Tengah sempat menyantuni staf-staf kementerian dan agensi kerajaan yang hadir pada majlis berkenaan.

Turut menyempurnakan majlis, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Sanusi serta Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan