Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yannick Duppich dan Yam Yih Ling ketika ditemui TVS petang tadi. Foto TVS

Pelari luar negara puji keindahan alam semula jadi kawasan Gua Silabur

SERIAN, 5 Mei: Dua pelari dari luar negara yang menyertai acara Larian Silabur Ultra Trail 2024 (SUTRA 2024) memuji keindahan alam semula jadi di kawasan trek larian sekitar kawasan Gua Silabur.

Yannick Duppich, 31, yang berasal dari Switzerland namun kini menetap di Singapura berkata, beliau seronok kerana berpeluang melihat kecantikan alam semula jadi di Kepulauan Borneo yang menurutnya berbeza dengan yang terdapat di Semenanjung Malaysia.

Beliau yang kini bekerja di syarikat kewangan yang beribu pejabat di Singapura turut berkongsi keindahan Gua Silabur disirami cahaya matahari pagi.

“Pemandangan (alam semula jadi) begitu cantik sekali apabila matahari pagi naik melalui celahan daun dari hutan, itu adalah salah satu dari perkara (menarik) selain berada di dalam gua (Silabur) di mana (dapat) berada di satu bahagian ke satu bahagian dan melihat cahaya masuk dari satu kawasan di gua (itu),” katanya kepada TVS.

Seorang lagi peserta Yam Yih Ling, 68 dari Singapura turut bersetuju dengan padangan Yannick dan menambah trek larian yang disediakan pihak penganjur tidak sebegitu mencabar berbanding trek larian lain yang pernah disertai dirinya.

“Saya rasa trek larian Cameron Ultra (Cultra) jauh lebih mencabar berbanding trek larian pada hari ini,” kata beliau yang menjadikan aktiviti larian sebagai salah satu gaya hidupnya pada masa ini.

Larian Silabur Ultra Trail (SUTRA) 2024 memasuki tahun kedua penganjuran dengan penyertaan seramai 518 peserta dari 19 negara, antaranya Amerika Syarikat, Switzerland, Jerman, Singapura dan Australia termasuk penyertaan dari pelari tempatan.

Tahun ini SUTRA turut memperkenalkan trek larian sejauh 100 kilometer (km), selain 50 km, 30 km dan 10 km mengelilingi Gua Silabur di Serian-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan