Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sarawak berjaya merampas wang tunai sebanyak RM66,591 dan 36 unit telefon pintar dalam Ops Dadu Mega. Foto fail Bernama

Pasangan suami isteri ditahan, bantu siasatan rogol anak sejak usia 12 tahun

ByBernama

SEREMBAN, 5 Mei: Polis menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan dakwaan seorang wanita berusia 20 tahun yang menjadi mangsa rogol bapa kandungnya sejak berusia 12 tahun, sehingga melahirkan anak di Kampung Chuah, Port Dickson.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata siasatan awal mendapati kejadian terkutuk itu berlaku sejak 2016 sehingga tahun ini di dalam rumah yang sama di kampung tersebut.

Beliau berkata ibu bapa pengadu, masing-masing berusia lingkungan 40-an itu ditahan Jumaat lepas pada kira-kira 11.40 pagi di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Port Dickson bagi membantu siasatan.

“Mangsa telah mengadu kepada ibunya namun tidak diendahkan walaupun pengadu telah melahirkan dua orang anak. Seorang meninggal dunia semasa lahir manakala seorang lagi berusia tiga tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata ibu bapa pengadu tersebut didapati mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah dan kedua-duanya di reman lima hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan