Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Ramah Tamah Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS), di sini, semalam. Foto TVS

Kursus aeroangkasa akan diperkenalkan di i-CATS – Abang Johari

ByAkma Salleh

KUCHING, 5 Mei: Kursus kejuruteraan aero angkasa akan diperkenalkan oleh Kerajaan Sarawam di Kolej Universiti (i-CATS), kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, bidang pengajian itu perlu ditawarkan memandangkan wilayah ini sudah bekerjasama dengan United Kingdom bagi rekaan cip.

Kata Abang Johari berikutan teknologi baharu yang muncul dalam bidang itu, Sarawak perlu mengambil langkah proakrif dengan menyediakan tenaga kerja yang diperlukan.

“Sekarang ini ada silikon cip, (oleh itu) kita bekerjasama dan Sarawak Microelectronic Design (SMD) untuk mengeluarkan kepakaran reka bentuk cip oleh anak Sarawak.

“Seramai 50 pelajar telah lulus peperiksaan dalam rekaan cip, kita memerlukan lebih kurang 500 jurutera lagi,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) malam tadi.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, tidak mustahil Sarawak akan memiliki satelitnya sendiri berikutan mempunyai kepakaran aeroangkasa.

Sebelum ini, Abang Johari berkata, Sarawak berhasrat untuk memperluaskan bidang pendidikan berkaitan aeroangkasa dengan Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak (Swinburne Sarawak) sebagai salah satu institut pendidikan pertama yang menawarkan jurusan itu.

Tambah Abang Johari, lanjut,kerjasama membabitkan Swinburne Sarawak dan universiti di Melbourne berpotensi untuk membawa kepada pembangunan disiplin baharu.

“Ini berkaitan dengan aeroangkasa dan komponen kapal terbang selaras dengan rancangan Sarawak untuk menghasilkan Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF),” jelas beliau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan