Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bercakap kepada pemberita ketika hadir Majlis Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Persatuan Anak Jati Lawas di sini, semalam. Foto,TVS.

Infrastruktur kesihatan baharu di Limbang,Lawas dijangka siap 2025

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 5 Mei: Fasiliti kesihatan di Limbang dan Lawas yang sedang dibina dijangka akan siap awal tahun depan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pembinaan di kawasan utara Sarawak itu membabitkan klinik kesihatan dan Hospital Lawas yang baharu untuk manfaat rakyat.

Selain itu tambah beliau bagi infrastruktur industri lain pula, Kerajaan Sarawak telah menerima peruntukan dari Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan pembinaan jalan raya yang lebih baik sehingga sempadan di Ba’kelalan.

“(Begitu juga dengan pembinaan) Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) sudah dilaksanakan walaupun lewat namun ia mempunyai potensi.

“Pertama adalah untuk perdagangan rentas sempadan dan yang kedua kita merancang untuk membangunkan pembangunan sempadan bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Persatuan Anak Jati Lawas di sini, semalam.

Difahamkan Hospital Lawas baharu mula dibina 30 Jun 2020 dan dijangka siap pada Disember 2023 sebelum dilanjutkan tempoh hingga 11 Disember 2024.

Hospital berkenaan bakal menempatkan sebanyak 76 katil dengan pelbagai kemudahan moden untuk kakitangan dan pesakit yang menerima rawatan.

Sementara itu Awang Tengah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari berkata, pelbagai projek pembangunan yang sedang dilaksanakan di kawasa. tersebut akan memberi manfaat dari segi eko pelancongan kepada penduduk setempat.

“Ini termasuklah Merarap Hot Sring dan kawasan pergunungan Gunung Murud dan fokus kepada pembangunan strategik ini akan meningkatkan sosio ekonomi,” tambah beliau. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan